Khamis, 27 Januari 2011

HIKMAH DAN PENGAJARAN

BILA terjadi sesuatu kepada diri kita..mungkinkah kita akan berfikir tentang hikmah disebalik perkara tersebut dan juga pengajarannya. Contohnya(bukan nama sebenar) Jali seorang yang gayat tapi sebab nak merasa berada ditempat yang tinggi Jali panjat pokok pinang dan terjatuh. Sudah tentu jali tidak akan panjat pokok pinang lagi sebab Jali sudah tahu pengarannya, Jali akan jatuh sebab gayat dan hikmahnya...Jali takkan jatuh dari pokok pinang buat kali kedua melainkan ada gorila yang melambung Jali tinggi sampai tersangkut pada pokok pinang :)

DAN...Pengajaran yang serta hikmah yang aku dapat hari ini ialah JANGAN MAKAN SOTONG. Aku sedar yang pembuluh darah dan anak tekak aku kurang gemar menerima kehadiran makanan spesies laut terutamanya udang. Tetapi makan malam aku tadi menunjukkan sotong turut terbabit sama di dalam senarai tersebut. Bila udang yang ditelan memang aktiviti penggaruan akan berleluasa. Kadang-kadang aku abaikan rasa gatal, apalah maknanya nasi lemak tanpa sambal belacan? Sotong? tidak sempatpun sotong tersebut melalui perjalanan didalam usus aku sotong tersebut dah meronta-ronta mintak dilepaskan dari anak tekak. Akibatnya? AKU TERCEKIK! Ya..aku tercekik ketika sedang menikmati charkuewtiow di tengah-tengah kedai makan! Nak ditelan dah memang tak boleh masuk nak di muntah pun umpama aku melalui hari sukan lumba lari sambil main tarik tali. Nak tak nak aku muntahkan isi sotong yang tak rela dimakan itu. Jadi pengajarannya :



1. Udang punca aktiviti penggaruan

2. Sotong sangat susah dimasukkan ke dalam anak tekak



ADA BERANI NAK CUBA LAGI????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.